Latar Belakang

Mengenai Kami

Pusat Komunikasi Korporat (PKK) Universiti Malaysia Kelantan di bawah bidang kuasa Naib Canselor. PKK diterajui oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab dalam menguruskan komunikasi strategik Universiti yang merangkumi perkhidmatan seperti berikut :

  1. Perhubungan Awam & komunikasi korporat
  2. Perundingan Pengurusan Acara
  3. Promosi dan Penjenamaan Universiti
  4. Penerbitan Korporat Universiti
  5.  Pengurusan media digital
About Us

Visi


Menjadi Penanda Aras Budaya Keusahawanan di UMK melalui sistem korporat dan komunikasi yang berkesan.

Misi


Mengangkat penjenamaan UMK dan memupuk budaya keusahawanan di dalam organisasi melalui sistem strategik korporat, komunikasi awam, tanggungjawab sosial dan jaringan antarabangsa.

Objektif


  1. Nadi yang bertanggungjawab dalam menyokong pembangunan imej UMK di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  2. Objektif utamanya adalah menjenamakan UMK untuk menjadi Institusi Pilihan oleh pelajar tempatan dan antarabangsa;
  3. Bertanggungjawab untuk membina budaya keusahawanan dalam organisasi